
Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi di Hospital Pakar Damansara.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.
Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. Pembedahan dilakukan sejurus serangan strok itu namum gagal menyelamatkan nyawa arwah. Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.
Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS16, Subang Jaya sebelum solat Zohor, hari ini (26 Julai).
Semasa menghembuskan nafas terakhirnya, turut bersama Yasmin ialah, suaminya, Tan Yew Leong, adik Yasmin, Datin Orked, adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri dan beberapa doktor yang merawat Yasmin.
Al-Fatihah kami ucapakan buat arwah Yasmi Ahmad, Semoga rohnya ditempatkan-Nya di dalam golongan orang2 beriman..Amin.
Lihat lebih lanjut tentang biodata Yasmin Ahmad dengan

Yasmin Ahmad…1958 – 2009
BERIKUT adalah profil Yasmin dan pencapaian yang pernah diraihnya selama ini.
Nama : Yasmin Ahmad
Jawatan: Penulis/Pengarah Filem/Penerbit
Tempat Lahir: Bukit Treh, Muar, Johor
Tarikh Lahir: 1958
Meninggal Dunia : 26 Julai 2009
Status Perkahwinan: Berkahwin
Suami: Abdullah Tan Yew Leong (berkahwin Januari 2003)
AKADEMIK
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
PROFIL KARIER
Profesion:* Penulis, Ogilvy & Mather* Pengarah Eksekutif Kreatif, Leo Burnett
2003-2009 Pengarah FilemFilem:2003 Rabun2005 Sepet2006 Gubra2007 Mukhsin
Iklan:* Suratkhabar Lama* Makan Bola (sempena Bolasepak Piala Dunia)* Forgiving (iklan terbitan Petronas)
Berlakon Dalam Drama:2003 Min2006 Tai yang yue (Rain Dogs)
Penerbit:2005 Raining Amber
ANUGERAH
* Biasiswa, Kementerian Pendidikan* Juara, Talentime Ested Fodd, Wales
PENCAPAIAN LAIN
1975 Naib Johan, Bintang RTM ‘75
2003 Filem ASEAN Terbaik (Rabun), Anugerah Video Malaysia ke-8, Kuala Lumpur
2004 Filem Reka Bentuk Terbaik ASEAN (Sepet), Anugerah Video Malaysia ke-9
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2005 Cerita Asal Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Filem Terbaik (Sepet), Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18)
2005 Poster Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM)
2005 Filem Asia Terbaik (Sepet), Festival Filem Antarabangsa Tokyo
2005 Filem Terbaik (Sepet), Global Chinese Golden Arts, Genting Highlands
2006 Filem Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Pelakon Wanita Terbaik (Gubra),Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Lakon Layar Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2006 Poster Terbaik (Gubra), Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)
2007 Pingat perak (Mukhsin), Netpac Festival, Jojagkarta
2007 Anugerah Filem Terbaik Kategori Generasi Baru (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Tempat kedua Anugerah Juri Kanak-Kanak (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Berlin ke-57
2007 Filem Cereka Terbaik Asia Tenggara (Mukhsin), Festival FilemAntarabangsa Cinemanila, Filipina
PENERBITAN
Artikel:2005-2006 Menulis kolum di New Straits Times Press
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Keluarga;Bapa – Ahmad HashimIbu – Inom Yon
Filem yang ditayangkan dan menyertai Festival Filem Antarabangsa;
2003 Rabun, Festival Filem Antarabangsa, Singapura
2003 Rabun, Festival Filem Asia Cinemaya, New Delhi
2003 Rabun, Festival Filem Torino, Itali
2005 Sepet, Festival Filem San Francisco
2005 Sepet, Festival Filem Asia, Barcelona
2005 Sepet, Festival Filem Wanita Antarabangsa Creteil, Perancis
2007 Mukhsin, Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-57
2006 Ahli panel Debat Budaya 1 bertajuk Filem Melayu, Filem Malaysia… Ke Arah Mana Sinema Malaysia
2006 Juri, Pertandingan Filem Pendek BMW (BMW Shortie’s)
2007 Juri, Festival Filem Thessaloniki ke-48, Greece
2008 Juri, Festival Filem Antarabangsa Berlin (Berlinate) ke-58
BLOG RASMI YASMIN AHMAD
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com





Al-Fatihah………..
Al-fatihah, semoga rohnya akan ditempatkan bersama sama dengan orang yang beriman dan suaminya tabah menghadapi dugaan dari yang maha esa.
Alfatihah,pd tarikh yg sme MJ tlh meningglkn pemint n gnp sbln kte dkejtkn dgn pmergian arwah..By anyway aku ckp mgemari smua filem arahan dia n pasti me akan mrndui garapn iklan petro dr arwh..
eh..eh… aku dengar citer yang si yasmin ni sebenarnye lelaki??? betul ehhh??? nama asal die Zulkifli Ahmad dahulunya penyanyi bintang RTM???
eh betul ke di nie lelaki ? kalau betul la dia nie lelaki apa buktinya ? halkum dia pun tak nampak sedangkan “mak nyah ” walaupun dia buat pembedahan untuk buang dia punya tu tapi halkkum dia masih jelas nampak .
semoga roh beliau dicucuri rahmat. amin.
sofea : kita tak tahu dia lelaki….biar je la kontrovesi ni matil…..tak yah nak diungkit ungkit lagi….
mati*
pada sofea..ya arwah adalh khunza..ada 2 jantina..nak kata laki pun betull..pompuan pun betul..so..tak ade salah arwah..dia bukan mak nyah..
ko confirm ke dia khunsa, dah tanya mak dia ker. takkan sampai besar mak dia biar dia hidup dgn 2 benda tuh. setau aku kalo ikut islam, khunsa ni mak bapak kn confirmkan yg mana satu berfungsi sejak baby lagi. yg boleh diguna utk buang air tu lah jantina dia, so yg satu lagi tu leh buang, dlm erti kata lain kalo dah xder rahim tu konfirm la lelaki. dlm erti kata lain dia kn stick to one jantina saja, kalo ubah pada tak sepatutnya, dosa
tapi seram to la gambar ni..arwah dah tak ade tapi gambar nazak nye ade..seram dowh..
ha ah, seram jugak, tapi bukan ke masa tu dia dah lumpuh?
moga roh arwah di cucuri rahmat..amin..
amin.
tengok anugerah dan hasil kerja beliau yang banyak ni..kagum aku pun ada..hebatkan ..gigih arwah ni orangnya..
betul tu, setiap karya yang arwah pernah buat menampilkan hasil2 seni yang begitu kreatif dan bersemangat patriotik.
aku harap artis lain dapat tiru kejayaan beliau.
aku pun harap artis lain dapat tiru kejayaan beliau.
mmm, harap2 begitulah, tapi tak semua artis ni rajin dan ada cita2 tinggi macam arwah.
oooo… nauzubillah
wlapun byk kencagan.. beliau ttpp tabah
shah-rul
kencangan ape yea..saya pertama kali dngar ayat tersebut
ha ah la, cuba jelaskan maksud ayat tu, aku pun nak tahu jugak.
ko indon ke shah_rul
sedey sioy tgk tym die nazak.. aku nk nangis pun ade.. sebak kateka.. hmmm
kalau la beliau ade lagi… alfatihah
usaha yg dlakukan beliau akhir berjaya.. harap2 bakat beliau dkenang sampai bile2
Alfatihah,pd tarikh yg sme MJ tlh meningglkn pemint n gnp sbln kte dkejtkn dgn pmergian arwah..
sedih aku tengok muka dia kat gambar atas….
tapi ape boleh kita buat……???
dah ajal dia dah sampai…..hope gossip pasal kak yasmin nih dah terkubur……
harap2 begitulah, tak baik sebut perkara2 yang tak baik mengenai arwah.
dah2 la panggil kak yasmin, org dah meninggal, sian allahyarham, panggilan tu bahagian yg dia kerjakan masa hidup tu
aku pun pk camtu alahai… harap xde org nk kutuk2 die ag… harap hormati org yg da xde
igt kn la jasa beliau terhadap negara ni.. xdilas oleh wang riggit
betul, beliau memang dah banyak berjasa pada masyarakat.
apa tu… aku xtau ngat kisah allahyarham ni…
moga arwah tenang pemergiannya..
redha..
perkara yng lepas..lepaslah
MOGA ARWAH DICUCURI RAHMAT..AMIN