Isu Hangat, Isu Menarik, Isu Semasa dan Hiburan

(TERKINI) Syamsul menangis di Majlis Pratonton ‘KL Drift 2″

[syamsul.jpg]

Inilah yang dinamankan air mata sedih dalam gembira, begitu susah anda melihat air mata seseorang insan yang dilahirkan sebagai lelaki mengalirkan air mata.Apatah lagi diKhalayak ramai, namun inilah lumrah dunia tanpa disedari anak Pengarah dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam sebak dan gembira apabila si ayah memberi kata perangsang dan dorongan untuk menceburi bidang yang diminatinya.

“Terus terang saya katakan, saya sebak dan terharu apabila mendengar ucapan papa (Yusof Haslam) tentang kepercayaan dan sokongannya terhadap saya.

“Walaupun ketika bekerja kami sering bertentangan pendapat, tapi papa sentiasa memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkarya dengan bebas.

“Sokongan itu bagaikan pemangkin semangat buat saya untuk terus bekerja keras dan menghasilkan filem yang lebih bermutu di masa hadapan,” ujar Syamsul dalam nada yang tersekat-sekat sambil mengawal emosi.

Syamsul yang memanjatkan kesyukuran atas restu dan sokongan berterusan daripada ibu bapanya turut berjanji untuk mengarahkan tiga buah filem lagi dalam tahun ini. Filem terbarunya, Khurafat baru sahaja menamatkan penggambarannya, baru-baru ini.

“Insya’Allah, saya akan buat tiga filem dalam tahun ini. Itu matlamat saya. Filem seram pertama saya, Khurafat baru sahaja selesai penggambaran. Saya mensasarkan untuk buat dua lagi filem tahun ini,” katanya. [ sumber - zoom ]

Baca Yang Ini Pulak:-

PERINGATAN : Pihak OHBAYU.COM tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini. Pihak OHBAYU jugak tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis di sini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Responses to “(TERKINI) Syamsul menangis di Majlis Pratonton ‘KL Drift 2″”

  1. shamsul de bagiao says:

    laa aku ingat shamsul ghaw ghaw!! jan mare yer shamsul. papew pon kpd shamsul yg ni, selamat maju jaya. semoga karier anda semakin berjaya dan yg penting semakin kaya kekekeke hahaha!!

  2. shamsul de bagiao says:

    laa aku ingat shamsul ghaw ghaw!! jan mare yer shamsul. papew pon kpd shamsul yg ni, selamat maju jaya. semoga karier anda semakin berjaya dan yg penting semakin kaya kekekeke hahaha!!

Leave a Reply