
Pasti anda semua kenal dengan penyanyi Sean Kingston. Di mana Sean Kingston mencipta nama dengan lagu top mereka iaitu ‘Beautiful Girls’. Penyanyi berusia 19 tahun ini dilahirkan di Miami dan dibesarkan di Jamaica.
Kami diberitahu bahawa Sean Kingston akan berada di Kuala Lumpur bagi Live Show mereka di Shout! Awards akan berlangsung pada 17 Julai 2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil. Ini merupakan sebuah rancangan anugerah baru yang akan disiarkan secara langsung di 8TV tepat jam 8.30 malam. Shout! Awards akan dimulakan dengan acara karpet merah yang akan diserikan dengan ketibaan selebriti-selebriti terkenal dalam industri hiburan Malaysia.
Bagi peminat2 Sean Kingston jangan lepaskan peluang ke Shout! Awards pada 17 Julai bagi sesi bertemu artis luar negara ini. Bagi mengetahui maklumat lanjut anda boleh layari www.shoutawards.com.my dan mereka juga akan siarkan pegumuman ini di 8TV.