
LOS ANGELES: Kematian Raja Pop, Michael Jackson terus diselubungi misteri, termasuk ketika majlis penghormatan terakhir dilangsungkan malam kelmarin.
Ketika keranda berwarna keemasan muncul di Staples Center di tengah Los Angeles, orang ramai terus tertanya-tanya sama ada mayat Michael memang ada di dalamnya atau tidak.
Ramai menjangka mayat itu akan ditanam secara tertutup di kawasan Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills, sebelum majlis berkenaan dilangsungkan.
Selepas keranda itu dibawa masuk ke Staples Center, tanda tanya terus timbul apabila ia dibiarkan di situ, menyebabkan timbul spekulasi baru mengenai tapak kubur sebenarnya.
Ketika sesetengah peminat pula percaya mayat Michael dibawa ke tempat lain secara rahsia, pihak lain pula berkata, ia mungkin ditanam keluarganya sebelum majlis penghormatan itu dilangsungkan.
Malah, mereka yakin keranda keemasan itu sebenarnya kosong.
Semalam, salinan sijil kematian Michael menyatakan Tanah Perkuburan Forest Lawn itu hanyalah tempat simpan ‘sementara’ untuknya.
Sumber berkata, keluarga Michael mungkin akan meneruskan rancangan untuk menyemadikan Michael di kediaman mewahnya, Neverland, di Santa Barbara, California.
Cadangan awal keluarga Michael sebelum ini ditolak pihak berkuasa kerana undang-undang melarang sebarang mayat ditanam di luar kawasan perkuburan tanpa kebenaran khas.
Kemungkinan lain, mayat Michael akan dibakar dan abunya ditaburkan.
Turut tidak ditolak, pihak berkenaan mungkin membina makam khas untuk membolehkan peminat Michael datang menziarahinya selepas ini.
Sehingga semalam, tiada sebarang pengesahan diberikan keluarga Michael mengenai lokasi sebenar ikon pop itu dikebumi. – Agensi
Petikan Sumber : hmetro.com.my





aduhai..kesian nya..orang mati..jasadnya..meronta-ronta mahu ke tanah..kesian mayat..bukankah dia sudah convert agama kepada muslim..mungkin keluarganya..tanam secara islam agaknya..kalau biar dalam keranda emas lama-lama..menderita lah mayat itu..
itulah rintihan orng minoriti di negara islam..lebih2 lagi die popular
senang cite tanam tepi masjid….hahaha
itu senang citer..
asik senang jea..haa yng ni sikit susah cerita..kekeke
hahha….memang susah cerita kan..
beginilah nasib seorang artis popular. mayat kena tunggu dulu sebelum dapat masuk ke dalam tanah untuk dijadikan tatapan orang hidup.
huhu..meraung beb..sapa yng tahu alam2 mcm tu kan..kite tak tahu..
jd..bnyak2 jea amalan smbil mengkomen..hihihi
Artis barat ni mmg misteri. Tah2 dah di tanam, keranda tu buat gimik ja…… takut nt peminat korek ke, apa ke……..
betul jugak anadaian zylan tu. mungkin diorang dah tanam awal2. kau ada tak tengok masa siaran tv live mayat MJ dikebumikan?
yang mnjadi tnda tanya, die 2 mati dlm agama aper ek sebnarnyer??? cnfuse2…
Artis barat ni mmg misteri. btl amat misteri nusantara
misteri nusantara tak suka nek sibuk hal luar negara nie
misteri nusam tara dah xde. g mane nth…
dah retired arr..
tahyul da kena ban kot..
ntah yea
mungkin diorang dah takde bajet kot nak buat rancangan tu. tak pun dah kehabisan idea nak cari lokasi misteri.
hahaha.. lawak je cite tu.. papehal lyn je…
lokasi kt umh aku berlambak.. dorg je xnk dtg
mane misteri nusantara ni.. nji nk dtg umah aku… xde pen
die pegi salah rumah kot..
kat belakang rumah aku pun ada. cuma malas nak bagitau kat diorang. biarla diorang cari sendirik.
kau contact la krew2 diorang. konfem diorang nak gi tengok belakang rumah kau tu
aku pikir 2 balik..nak heran ape dia di tanam kat mane..ade org mati..dalam laut..kubur kat laut..kalu jatuh gaung..kubur kat gaung..kalu badan hancur makan dek buaya..kubur dalam perut buaya..
heran pe..kubur kat ane..kalu mati dalam laut..kubur kat laut..mati dlm gaung kubur kat gaung..mati kena baham buaya..kubur dlm perut buaya..
tanggungjawab org hiduplah nak tanam jasad dia..sebenarnya dia dah terlepas tanggungjawab nak tentukan jasad dia tanam kat ane..tak kan dia nak tentukan waktu dia dah x bernyawa.
hanya iman dan amal kita yang tentukan sudahnya kita kat mana..syurga atau neraka..pikir2 kan lah..
kalu tanam kat kubur mane pun..semua akan di hisab tempat yang same sudahnye..dari umat nabi adam sampai nabi muhammad..
tak kisahlah micheal mati islam atau tidak..
yng penting die baik dan tak nakal itu sudah bagos..
yg penting org hidup kenalah truskan hidup nie….
yg penting org hidup enalah teruskn hidup nie….
KESIAN ARWAH mesti dia tersesak