
Hidupkan malam dengan solat sunat, zikir
daripada abu hurairah berkata: adalah rasulullah saw menggalakkan qiamullail
(solat malam) pada ramadan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda:
sesiapa yang solat malam ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada
allah, maka diampuni baginya dosa yang lalu.
rasulullah saw amat menggalakkan umat supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan
ibadat kerana fadilatnya amat besar di sisi allah.
di antara amalan dilakukan oleh rasulullah ialah melakukan solat sunat, berzikir,
membaca al-quran, membanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid. kita
sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dan penuh
keikhlasan memanfaatkan bulan ini terutama pada 10 malam terakhir ramadan.
rasulullah saw dalam kebanyakan hadis memberitahu mengenai kemungkinan besar pada
malam ini terutama malam ganjil adalah lailatul qadar yang mempunyai kelebihan
melebihi 1,000 bulan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Zikir :
Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaaha Illallah Wallahu Akbar
Wala Hawla Wala Quwata Illah Billah Hil Aleeyil Azeem






